logo upm

STAF BERITA HUBUNGI KAMI SOALAN LAZIM
web site tracking statistics
Hit Counter

:: MENU UTAMA ::

webMail-logo

< MANUAL WEBMAIL >
(untuk staf sahaja)

------------------------

digital album logo

------------------------

video logo

Paparan terbaik
dengan menggunakan

Mozilla Firefox
versi 3.0.1 ke atas
------------------------

Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.


:: Pengguna Online ::


:: Statistik Pelawat ::

free hit
counter script

View My Stats


SOALAN LAZIM

UNIT PENGEMBANGAN PERTANIAN (UPP)

1) Apakah peranan Unit Pengembangan Pertanian?

  • Sebagai perantara dalam proses penyebaran dan penyaluran maklumat pertanian mutakhir melalui pendidikan tidak formal dan kemahiran teknikal yang diperlukan oleh petani, pegawai pengembangan dan agensi pertanian.
  • Membantu penyelidik menyampaikan maklumat inovasi penyelidikan pertanian kepada petani.
  • Menyediakan kursus/ latihan pengembangan pertanian kepada petani dan pegawai pengembangan, agensi pertanian serta individu yang berminat.

UNIT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN & JALINAN INDUSTRI (UPKJI)

1) Siapakah yang boleh menyertai program yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan, Keusahawanan dan Jalinan Industri?

  • Warganegara Malaysia.
  • Graduan yang tidak bekerja secara tetap dengan mana-mana agensi dan syarikat.
  • Graduan yang bergraduat dari UPM khasnya dan IPTA/IPTS lain amnya.
  • Umur di antara 20 - 39 tahun.
  • Bersedia untuk menjadikan kerjaya usahawan sebagai sepenuh masa.

2) Bagaimana jika hendak menyertai?

  • Boleh mendapatkan borang pendaftaran graduan secara online dari laman web unit PKJI atau datang ke pejabat untuk mendapatkan borang pendaftaran. Ianya terbuka sepanjang tahun.

3) Berapakah bayaran yang dicaj untuk memasuki program ini?

  • Bayaran penyertaan akan dikenakan antara RM 100 - RM 300 mengikut bengkel atau kursus yang dijalankan.

4) Tempoh bengkel yang dianjurkan?

  • Biasanya bengkel dianjurkan dalam tempoh 2 - 5 hari (mengikut bengkel atau kursus yang dijalankan)

5) Tempat bengkel yang dianjurkan?

  • Biasanya bengkel dianjurkan di UPM. Kadangkala, ianya juga dijalankan di Pusat Latihan sekitar Bangi.

6) Adakah dengan mengikuti program ini kami boleh mendapat pembiayaan secara terus?

  • Tidak semestinya. Ianya bergantung kepada Rancangan Pelan Perniagaan yang tuan hantar dan sediakan. Kami hanya sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat berkaitan pinjaman dan pembiayaan. Kami bukan agensi yang memberikan pinjaman atau meluluskan dan menguruskan pinjaman.

7) Berapa lama proses mendapatkan kelulusan pinjaman pembiayaan?

  • Ianya bergantung kepada agensi yang memberikan pinjaman. Kami tidak mempunyai hak dan kuasa untuk mempercepatkan proses meluluskan pinjaman tesebut.

8) Apakah aktiviti yang akan dijalankan pada masa akan datang?

  • Setiap aktiviti yang akan kami jalankan boleh diketahui melalui laman web dari semasa ke semasa atau dari media massa.

UNIT PEMAJUAN PROFESIONAL & PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT (UPPPSH)

1) Apakah bentuk kursus/latihan yang dianjurkan oleh unit?

  • Menyediakan pakej latihan dan kursus.
  • Mengendalikan kursus dan latihan luar dan dalam UPM.
  • Membantu entiti UPM dalam kegiatan penyebaran dan perkongsian. pengetahuan seperti mengadakan persidangan, seminar, kursus, latihan dan bengkel.

2) Siapakah kumpulan sasaran yang disasarkan berkaitan kursus/latihan yang ditawarkan?

  • Sektor awam dan swasta
  • Masyarakat umum
  • Staf UPM
  • Petani/Peladang
  • Masyarakat antarabangsa

3) Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat berkaitan kursus/latihan?

  • Melalui laman web.
  • Melalui propektus yang dikeluarkan pada setiap tahun.
  • Berhubung terus dengan unit.

4) Adakah unit juga boleh menawarkan kursus daripada organisasi luar sekiranya mendapat permintaan?

    Ya, unit akan melaksanakannya dengan cara:

  • Mengendalikan kursus permintaan daripada organisasi luar seperti IPTA, IPTS, syarikat swasta, badan kerajaan dan lain-lain secara khusus atas persetujuan bersama.
  • Mengadakan perkongsian pintar antara APEEC dan organisasi yang berminat.

5) Bolehkah unit melaksanakan program sangkutan pelajar (attachment student) daripada organisasi luar atau institusi luar bersama Universiti Putra Malaysia untuk tempoh tertentu?

  • Pihak unit boleh melaksanakan program tersebut dengan menyediakan bentuk program yang diminta dengan tempoh yang ditetapkan.
Kemaskini : 10 September 2008 oleh Webmaster 

Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor
Tel: +603-8946 6992, Faks: +603-8946 6964 | Hakcipta Terpelihara APEEC 2008