logo upm

STAF BERITA HUBUNGI KAMI SOALAN LAZIM
web site tracking statistics
Hit Counter

:: MENU UTAMA ::

webMail-logo

< MANUAL WEBMAIL >
(untuk staf sahaja)

------------------------

digital album logo

------------------------

video logo

Paparan terbaik
dengan menggunakan

Mozilla Firefox
versi 3.0.1 ke atas
------------------------

Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.


:: Pengguna Online ::


:: Statistik Pelawat ::

free hit
counter script

View My Stats


Juara Rakyat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Bersama Pakar Pertanian Universiti Putra Malaysia di Parlimen Tanjong Karang

TANJONG KARANG, 8 dan 9 Mei 2010 - Program Hari Terbuka Bersama Pakar Pertanian UPM (HTBPP UPM) telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat dan Dataran Tanjong Karang. Program ini merupakan anjuran bersama UPM dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan tema “Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian”dan dirasmikan sendiri oleh Menteri Pertananian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh bin Haji Omar. Program HTBPP UPM di Parlimen Tanjong Karang ini merupakan edisi kelima UPM turun ke lapangan selepas di Batu Pahat, Johor, Pekan dan Temerloh, Pahang dan Jeli, Kelantan dengan membawa konsep “touch and grow” yang ditekankan oleh Pengarah APEEC.

Seramai 41 orang pakar dari pelbagai bidang kepakaran telah dibawa melalui Klinik Pakar Pertanian dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan. Objektif Klinik Pakar Pertanian ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada kumpulan sasar untuk berinteraksi secara langsung iaitu secara interaktif bagi mendapatkan konsultasi berkaitan tanaman, penternakan, perikanan, pengurusan tanah, pemasaran, teknologi makanan dan produk halal. Pengisian program kali ini lebih menyeluruh merangkumi seluruh kumpulan sasar melalui program dialog bersama agen pengembangan yang telah dihadiri oleh 100 orang agen pengembangan seluruh Kuala Selangor,forum bersama 230 orang petani setempat , bengkel pengembangan pertanian dengan 4 slot berbeza dan ceramah motivasi pelajar yang telah mendapat sambutan yang begitu memberansangkan dengan penyertaan lebih kurang 700 orang pelajar di sekitar Kuala Selangor. Aktiviti yang baru diperkenalkan pada program kali ini telah mendapat sambutan di luar jangkaan melalui aktiviti pengenalan kepada pertanian dan sains serta pertandingan pencarian makanan warisan dan gajet tani. Selain daripada itu, pameran agensi di bawah MOA, dan pusat tanggungjawab (PTJ) UPM serta demonstrasi pertanian dari Taman Pertanian Universiti turut diadakan. Seramai lebih 1000 orang pengunjung telah hadir memeriahkan program ini.

Menerusi fungsi UPM dalam memberikan khidmat profesional kepada masyarakat, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan yang menyeluruh PTJ di UPM secara partisipatif dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sesuai dengan moto program “Dari Gedung Ilmu ke Lapangan”, program ini akan menjelajah ke lokasi lain di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Kemaskini : 17 Mei 2010 oleh Webmaster 

Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor
Tel: +603-8946 6992, Faks: +603-8946 6964 | Hakcipta Terpelihara APEEC 2008