|
|

------------------------
|
Paparan terbaik
dengan menggunakan
Mozilla Firefox
versi 3.0.1 ke atas
------------------------
|
|
Universiti Putra Malaysia dan Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
|

|
|
|
|
|
|
Kolokium Pengembangan Pertanian Jabatan Pertanian Bersama Pakar Pengembangan Tersohor UPM
|
|
|
|
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Putrajaya, 7 Julai 2010 - Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) UPM dengan kerjasama Jabatan Pertanian Malaysia telah mengajurkan satu program pengembangan kepada agen pengembangan Jabatan Pertanian seluruh Malaysia.
Objektif program bertujuan memberi pendedahan dan penghayatan dalam aspek-aspek penting pengembangan secara keseluruhan; untuk berkongsi dan berbincang mengenai strategi serta isu semasa agen pengembangan dan peranan mereka dalam memperkasakan pengembangan pertanian. Seramai 250 agen pengembangan terdiri daripada pegawai pengembangan negeri dan daerah serta pegawai teknikal hadir menjayakan program ini.
|
|

|
|
Penceramah pada program ini terdiri daripada pakar pengembangan tersohor UPM seperti Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md. Yassin, Prof. Dr. Rahim Md. Sail, Prof. Dr. Azimi Hamzah, Prof. Dr. Musa Abu Hassan dan Prof. Madya Dr. Azizan Asmuni.
Kolokium pengembangan ini berjaya membuka minda dan memberi semangat baru kepada agen pengembangan supaya lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja dan melaksanakan program pengembangan dengan lebih efektif dan efesian dalam memperkasakan pertanian di Malaysia.
|
|
|

|
|
|
|
|
|
|
|