Hari Terbuka Bersama Pakar UPM Di Daerah Ledang
Pagoh, 17 Disember - Program Hari Terbuka Bersama Pakar UPM Di Daerah Ledang telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah, Parit Medan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.
Pelbagai Aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini dijalankan antaranya Pertandingan Masakan Negeri Johor, pemeriksaan kesihatan demonstrasi masakan dan demonstrasi pertanian.
Beberapa bengkel dan Forum telah dijalankan sepanjang hari tersebut iaitu Bengkel Memahami Burung Walit Dengan Lebih Dekat, Bengkel Meningkatkan Kualiti dan Pembangunan Produk Tahunan Industri Asas Tani (IAT) dan Forum Jon Masuk UPM...Peluang Pengajian.
>> Galeri Gambar Hari Terbuka Bersama Pakar UPM Di Daerah Ledang